Thursday 22 November 2012

Kisah dan tauladan

Di jadikan cerita....
        Suatu hari, lepas siap set moto untuk buek main, ada la kwn bawa ayam nak spar dengan benih lama ayah.. sya cakap ayam dah kacuk kampung. pas tu berlaga la ayam berkenaan. mesti la ayam kita yang kalah teruk, dia punya kutuk bikin hati paneh. bermula tolak pada hari berkenaan detik bertukar hobi... main moto kita yang mati, tapi main ayam, ayam yang sakit.. apa boleh buat, hati sudah panas.
       Bila dah masuk arena ni, ayam baka ayah dah banyak cross maklum la dah terbiar lama, dah banyak darah masuk (3D Siam +Kampung+Denak).  Asyik kalah je pakai ayam ayah duit pun dah banyak habis sebab budak ni pandai asyik nak letak duit jer.  Pikir punya pikir x boleh jadi, kena cari ayam baik untuk buat perang( boleh perang dan bila dah dapat tali pinggang baru buat bapak untuk proses benih sendiri)... kira plan memang cantikkkk...
        Cari punya cari dapat la sekor  ayam bulu ara, benih menang 7x  kat sekitar Bangkok harga punya la mahal ayam yang kita beli RM 1,xxx.xx (hati dah konfiden, apa taknya benih menang 7x) pas 2 beli plak sekor betina harga 1,xxx.xx jugak, berderai duit....
         Apa lagi mula la basuh sebab umur ayam 10 bulan. Beberapa bulan kemudian bila ayam dah keras (dah spar 4x dengan ayam member) bawa la ayam masuk bon kat pekan. Jumpa gu, bilo berlaga kalah la pulak... apa cerita nak buek bapak pun x boleh sebab ayam dah bacul ayam pun rasanya x boleh pakai untuk berlaga kat sini. buek habis jagung jr kalau bela ayam tu..
        Asyik terkenaaaa dengan orang, cakap ayam baik ada buah patah besar, maklum la cerita orang nak jual ayam cerita memang baguss tapi hampehhhhh "habiskan bogehhhh Yooo". Yang tukang beli plak bodoh sombong..
        Sooooo untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa meminta tolong kat my father kenalkan kawan-kawan dia yang masih aktif dalam arena.. Pendekkkan cerita dapat la beberapa ekor bapak dan betina, plan nak proses benih sendiri tapiiii..... x sampai beberapa bulan kena plak penyakit berak kapur. x sampai seminggu.... selesai sume ayam.
        X puas hati lagi " Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan" buat loan untuk beli ayam... Cari ayam merata-rata dapat la beberapa ekor jantan dan betina yang di fikirkan boleh dibuat benih..X tau la sejauh mana kemanpuan anak-anak ayam sendiri ni, harap-harap menjadi la....
        Buat masa ini, terdapat beberapa masalah untuk memaparkan gambar kerana memori kad adk terbawa pergi belajar. so kena la tunggu. 
        Tujuan saya nak memaparkan gambar ayam berkenaan hanya inginkan pendapat dan komen dari member-member blogger mengenai benih ayam saya ni.  Kalau tiada aral mungkin pada bulan 12 dapat lah saya memaparkan gambar anak ayam berkenaan satu persatu biar jelas member-member melihatnya dan semakin jelaslah komen yang sya perolehi nanti....