Thursday 5 July 2012

AYAM LAGA (Sisik Ayam Laga)


SISIK AYAM LAGA  

Ilmu bagaimana mengenali ayam sabung yang baik melalui sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam semakin dilupakan. Kata orang "tuah ayam letak di kaki, tuah tuan ayam pada pandainya".

Ilmu mengenai penilaian sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam ini di pelajari daripada orang-orang tua dan diturunkan dari generasi ke generasi. Penggemar ayam membuat pengamatan terhadap sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam ayam jaguh dan pengetahuan ini diturunkan dari generasi ke generasi. Kebiasaan ilmu ini diturunkan melalui percakapan lisan.

Penggemar ayam memerhati kebanyakan ayam-ayam yang hebat atau jaguh mempunyai sisik sisik yang unik dan tersendiri. Sisik sisik ayam ini memberikan gambaran cara permainan ayam tersebut. Melalui pemerhatian kebanyakan penilaian sisik adalah agak tepat kerana pemerhatian terhadap sisik ayam ini dibuat secara turun temurun dan mempunyai maksud maksud tertentu mengikut jenis sisik.

Walau bagaimana baka amat memainkan peranan yang sangat penting kerana ia mempengaruhi genetik ayam sabung. Secara fizikal selain bentuk badan, paruh, bulu dan lain lain kriteria yang terdapat pada ayam sabung, sisik kaki ayam merupakan antara sifat fizikal yang paling utama yang digunakan untuk mengenali ayam sabung yang bagus. Kedua dua penilaian secara genetik dan fizikal membantu memilih ayam laga yang bagus. Walaubagaimanapun juga kes kes terpencil membuktikan bacaan sisik bukanlah seratus peratus tepat.

Penggemar ayam perlu melihat sendiri permainan ayam tersebut tetapi bacaan sisik ayam kadangkala memberikan penilaian awal terhadap tahap kehebatan ayam itu. Semua sisik kaki utama dan jari kaki dinilai dan ditafsirkan mengikut tafsiran tafsiran tertentu. Kebanyakan tafsiran untuk sisik ayam ini lebih kurang sama disemua Negara Malaysia, Indonesia dan Thailand Cuma nama- nama jenis sisik agak berlainan mengikut bahasa di negara tersebut.

Pada umumnya ayam yang bagus mempunyai sisik yang kering. Bagus kalau sisiknya menonjol seakan kulit buaya cari juga sisik sisik aneh yang tidak dijumpai secara umum. Sisik sisik aneh atau tuah ini kadang kala tidak selamanya memberikan kemenangan kepada ayam itu. Ini kerana lawanya mungkin juga mempunyai sisik tuah yang lain. Terdapat bermacam sisik, sisik pecah, sisik bawat atau cincin dll yang memberikan definasi terhadap permainan ayam sabung tersebut.

diatas ini cuma serba sedikit mengenai sisik ayam laga,
MENCARI JUARA

Tetapi bagi saya yang paling mudah mengenal ayam yang baik adalah membawa ayam tersebut berlaga di bon dan letak duit.  Kita tunggu sehingga ayam habis berlaga, tengok sapa yang menang. Ayam yang menang pasti ayam yang terbaik.

 x kira apa jenis ayam, x kira apa jenis bulu, x kira macamana dia menyepak, x kira macamana permainannya”  yang pasti kalu ayam yang mempunyai keturunan juara pasti akan mencari jalan untuk menang.  sebab dia dilahirkan sebagai juara.
Jangan kita terlalu berpegang kepada trah ayam, kita cari ayam sampai 2,3,4,5 darah pun belum tentu ayam tersebut boleh ikut semua permainan induk dan bapaknya, silap-silap ayam boleh jadi kelam kabut.  bagi saya cari ayam yang betul-betul boleh menyepak, betul-betul boleh tahan kena sepak dan pandai mencari jalan untuk menang. cukup.................................
kalau nak ikutkan trah ayam sekarang, poninggg kepalo nak pikir.  jadi sonang cito, kito cari ayam yang kepalo eh nak monang jer, tapi tuan ayam pun kono pandai jugak melatih, menjaga kesihatan ayam dan mencari lawan.
sekian esok-esok cito laie. 

7 comments:

  1. Saya setuju bro... ayam saya yg tak tahu mna asal kturunannya pun boleh mnang juga...cuma btuk bdan tak cntik la mcm ayam org lain. Cuma kemenangan lmbat ckit la smpi 5 round, tpi ayam musuh jdi buta celek.. mata buka tpi tak nmpk.. last lari keok... www.ayamlagarosleejaman.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. nak cari ayam bedunggu berbulu jalak lenteng beragum penuh mcm saddam hussein bersisik pecah berantai dan berterabai

    ReplyDelete
  3. betul bro..ayam sy jggut pun blh mnang jg wlaupun kena kontrol olh lwan..raund 3 bru dpt balas n mng

    ReplyDelete
  4. saya sokong... kebenaran yg nyata.. bagi sy juga, memang sisik amat penting.. selain menilik gaya mainan dan pukulan ayam, kita juga boleh menilik kalau2 ada sisik malang sprti sisik buta dan sisik keok ayam kita.. kalau ada.. kita boleh asingkan untuk ujian kerana klu bawa ke bon pun klu akan buta, kemenangan kita akan jd tipis.. rugi masa dan tenaga.. ayam yang baik tidak semestinya menang, ayam yang menang tidak semestinya baik,,,

    ReplyDelete
  5. Sampai rambut beruban ar mg x ngenal ayam baik..

    ReplyDelete
  6. Sampai rambut beruban ar mg x ngenal ayam baik..

    ReplyDelete
  7. Sampai rambut beruban ar mg x ngenal ayam baik..

    ReplyDelete