Tuesday 27 November 2012

Ayam 3 Benua




PUKULAN K.O & T.K.O


Ramai pengemar ayam laga saling berlumba mempamerkan ayam kesayangan dari segi warna, bentuk tubuh, katurangan ayam sehingga cara bertarung ayam.. Ini menandakan banyak jenis ragam ayam dalam dunia ayam laga.  Kita sendiri sering binggung untuk memilih karekter ayam untuk dijadikan petarung unggul.
Dari setiap jenis ayam petarung banyak sisi positif dan juga sisi negative kerana dunia ayam tarung banyak yang perlu kita lakukan bagi mengolah atau melatih ayam tersebut sesuai dengan karakter ayam tersebut:-
1.       JENIS MAIN RAPAT
Adalah karakter ayam yang pada saat bertarung banyak teknik dalam menghidari pukulan lawan seperti nyanyap, mranggal ataupun ngalung kadang kadang mencari celah untuk melepaskan pukulan keras yang mematikan lawan.  Ramai orang suka, jarang kena pukul, teknik bagus dan melancarkan pukulan keras hanya pada saat yang tepat saja. Tetapi untuk jenis ayam ini hrs berbadan ideal, nafas panjang dan lincah. 

2.       JENIS PUKUL
Memerlukan ayam meyiapkan kerja secepat yang mungkin kerana ayam ini harus menang max 3 kebawah air kerana  ayam ini menggunakan pukulan taji yang keras untuk menyelesaikan pertarungan.. Ayam jenis ini, harus mempunyai badan yang tegap, mempunyai tulang yang besar, bermain cepat serta tahan pukul karena jenis ini selalu menginginkan musuh cepat TKO. Apabila sudah 3 air belum menang, kes berkenaan sangat membahayakan karana musuh pasti mempunyai teknik yang berbeza yang selalu mencari peluang untuk mendapatkan pukulan yang baik. 

3.       JENIS KASAR
Jenis ini hampir sama dengan teknik no 1, bezanya untuk jenis ini melancarkan pukulan keras tidak mencari celah lawan akan tetapi sembarang melancarkan pukulan entah kena kepala, badan, sayap dan sebagainya, jenis ini yang di sebut main kasar atau mbrakot sana sini, makanya banyak petarung selalu ingin mencari info lengkap tentang musuh yang mau di hadapi .

4.       JENIS PUKUL SENDI
Jenis ayam ini bertarung seperti pada jenis no 2 yang membezakan jenis ayam ini, adalah pukulan yang kelihatan tidak terlalu kencang tetapi membuat musuh apabila kena pukul ada goyang  atau di sebut mabuk  sebentar, keadaan ini sangat membahayakan apabila musuh mempunyai kecepatan pukulan yang akurat.

 

Thursday 22 November 2012

Kisah dan tauladan

Di jadikan cerita....
        Suatu hari, lepas siap set moto untuk buek main, ada la kwn bawa ayam nak spar dengan benih lama ayah.. sya cakap ayam dah kacuk kampung. pas tu berlaga la ayam berkenaan. mesti la ayam kita yang kalah teruk, dia punya kutuk bikin hati paneh. bermula tolak pada hari berkenaan detik bertukar hobi... main moto kita yang mati, tapi main ayam, ayam yang sakit.. apa boleh buat, hati sudah panas.
       Bila dah masuk arena ni, ayam baka ayah dah banyak cross maklum la dah terbiar lama, dah banyak darah masuk (3D Siam +Kampung+Denak).  Asyik kalah je pakai ayam ayah duit pun dah banyak habis sebab budak ni pandai asyik nak letak duit jer.  Pikir punya pikir x boleh jadi, kena cari ayam baik untuk buat perang( boleh perang dan bila dah dapat tali pinggang baru buat bapak untuk proses benih sendiri)... kira plan memang cantikkkk...
        Cari punya cari dapat la sekor  ayam bulu ara, benih menang 7x  kat sekitar Bangkok harga punya la mahal ayam yang kita beli RM 1,xxx.xx (hati dah konfiden, apa taknya benih menang 7x) pas 2 beli plak sekor betina harga 1,xxx.xx jugak, berderai duit....
         Apa lagi mula la basuh sebab umur ayam 10 bulan. Beberapa bulan kemudian bila ayam dah keras (dah spar 4x dengan ayam member) bawa la ayam masuk bon kat pekan. Jumpa gu, bilo berlaga kalah la pulak... apa cerita nak buek bapak pun x boleh sebab ayam dah bacul ayam pun rasanya x boleh pakai untuk berlaga kat sini. buek habis jagung jr kalau bela ayam tu..
        Asyik terkenaaaa dengan orang, cakap ayam baik ada buah patah besar, maklum la cerita orang nak jual ayam cerita memang baguss tapi hampehhhhh "habiskan bogehhhh Yooo". Yang tukang beli plak bodoh sombong..
        Sooooo untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa meminta tolong kat my father kenalkan kawan-kawan dia yang masih aktif dalam arena.. Pendekkkan cerita dapat la beberapa ekor bapak dan betina, plan nak proses benih sendiri tapiiii..... x sampai beberapa bulan kena plak penyakit berak kapur. x sampai seminggu.... selesai sume ayam.
        X puas hati lagi " Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan" buat loan untuk beli ayam... Cari ayam merata-rata dapat la beberapa ekor jantan dan betina yang di fikirkan boleh dibuat benih..X tau la sejauh mana kemanpuan anak-anak ayam sendiri ni, harap-harap menjadi la....
        Buat masa ini, terdapat beberapa masalah untuk memaparkan gambar kerana memori kad adk terbawa pergi belajar. so kena la tunggu. 
        Tujuan saya nak memaparkan gambar ayam berkenaan hanya inginkan pendapat dan komen dari member-member blogger mengenai benih ayam saya ni.  Kalau tiada aral mungkin pada bulan 12 dapat lah saya memaparkan gambar anak ayam berkenaan satu persatu biar jelas member-member melihatnya dan semakin jelaslah komen yang sya perolehi nanti....

Wednesday 7 November 2012

Taiko Tuo




Taiko Tuo 5x.
Walaupun bapak kepada ayam ini merupakan ayam yang serba boleh (apa permainan pun dia boleh layan) yang di gelar (A TIAW)  6x menang yang dimiliki oleh orang lama di Ampang Selangor dan di beli semasa menang air pertama di bon besar di Bangkok dengan harga RM 1x,xxx.xx , A TIAW mati kerana penyakit dan lewat mendapat rawatan dari pemiliknya....Itu cerita bapaknya.
Manakala taiko tuo ini di berikan oleh juara orang lama Ampang kepada saya untuk merasa memelihara ayam menangan. tetapi bila balik rumah try ayam ni langsung tidak mengikuti jejak permainan dan buah besar dari A TIAW tetapi mempunyai kaki tiga rasa masam masin bisa yang sama dengan bapaknya... Taiko mempunyai perangai yang pelik semasa berlaga iaitu akan  memberi peluang kepada musuhnya untuk membelasah muka dan lehernya pada air pertama (cuba lihat gambar kepala dan lehernya yang besar dan berkurap akibat yang teruk di belasah musuh). Pada air kedua dia akan membayar segala hutang piutang sekali dengan harga bunganya sekali sehingga nak buka mulut pun musuhnya tak mampu..... menang ditangan saya 2x menang kat tangan juara orang lama Ampang 3x.......
Ayam ni biasa-biasa je dan sekarang menjadi salah sekor dari pembaka kat reban saya.,,....,,,,