Sekapur sireh, seulas pinang.
Memelihara ayam siam laga adalah satu hobi yang boleh mengisi masa lapang dan kadangkala boleh mengkhayalkan kita. Walaubagaimanapun semuanya terpulang pada kita sebab kita dilahirkan sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Hobi memelihara ayam siam laga ini, pada pendapat saya lebih kepada minat dan tidak banyak memberi keuntungan kepada penternak. Tetapi apa yang pasti penternak ayam siam laga akan merasa bangga jika:-
- ayamnya mempunyai bulu yang menarik
- mempunyai tanda-tanda sisik kaki yang menarik
- mempunyai kelincahan mengelak serangan yang baik
- mempunyai pukulan yang jitu dan tepat apatah lagi mempunyai buah pematah yang dapat mematikan lawannya.
- lebih bangga, jika ayam kita breeding menjadi kesemua diatas jawabnya lupa darapan la manusia berkenaan.
Dewasa ini, trah ayam yang paling menonjol dan sering menjadi buah mulut para "Juara" adalah ayam yang mempunyai darah Burma. Macam-macam jenis ayam yang kena kacuk untuk mendapatkan ayam yang menpunyai darah Burma ini. Ada yang cantik permainannya, ada yang 50% je yang menjadinya dan yang paling best kita tengok yang tersondol-sondol entah bila nak menyepak pun xtau. Apa boleh buat, 'kita hanya mampu merancang hanya tuhan yang Allah yang menentukan semuanya'. Saya pun x berani nak cakap banyak sebab saya "Budak-budak baru belajar". Apa kata orang "sume orang pun boleh cakap". di sini saya hanya cerita melalui pengalaman yang saya lalui.
Sebagai pembuka cerita saya nak bercerita mengenai ayam burma ni. Maklumat ini di ambil dari Nusa Ungu blog sport tapi saya upgrade la sikit sebab nak sedapkan lagi ceritanya, biasa la orang melayu kalu bab upgrade memang tersohor sampai kat Negara Jepun.
AYAM BURMA
AYAM BURMA ORIGINAL
Sebagai pembuka cerita saya nak bercerita mengenai ayam burma ni. Maklumat ini di ambil dari Nusa Ungu blog sport tapi saya upgrade la sikit sebab nak sedapkan lagi ceritanya, biasa la orang melayu kalu bab upgrade memang tersohor sampai kat Negara Jepun.
AYAM BURMA
AYAM BURMA ORIGINAL
Ayam Burma merupakan ayam yang berasal dari negeri Myanmar/Burma adalah sejenis ayam kebanyakan di perkampungan Negeri Myanmar. seperti halnya di negeri kita, disana juga banyak warga yang memang menyukai ayam aduan,
Karakteristik fisik ayam burma memiliki tubuh yang relatif kecil, tulangannya relatif tipis, berbulu lebih lebat dengan warna dominan jalak dan brintik kecoklatan. kontruksi kaki ayam burma seperti kaki burung pemakan ikan lebih besar sedikit, merit, padat dan keras. warna kakinya memiliki kekhasan kebanyakan kukunya agak berwarna kehijauan atau kecoklatan.
Ayam Burma mulai terkenal sebagai ayam aduan adalah setelah orang Thailand membawa & mengembangbiakan dinegeri siam, dan ternyata mampu memberikan saingan sengit malah ada juga yang menang biarpun kalah tandingan.
Kelebihan ayam burma adalah pada tingkat akurasi pukulannya hingga 90% adalah sekitar kepala, paruh dan mata lawan dan mampu membuat pukulan tanpa perlu mematuk. Berlaga tanpa perlu mematuk adalah satu kelebihan yang paling ketara.
Kekurangan ayam burma adalah pada ukuran saiz yang memang lebih kecil diantara 2 kg hingga 2,75 Kg, dengan kontruksi tulangan yang tipis, dirasa kurang tangguh jika di hadapkan dengan ayam yang memiliki pukulan keras dan mengarah ke badan.
Di Sebabkan itulah ramai penternak, mengahwinkan ayam berkenaan dengan ayam laga yang lain. maka sekarang ini banyak la ayam yang di gelar sebagai:-
Ayam 2D (dua darah) yang biasa dengar.
1. Pama
2. Magon
3. Makhoi
4. Mathai
5. Dll
Lepas itu tak pueh hati, buek lagi macam-macam sampai 5D, xtau la macamana permainan ayam yang telah mempunyai darah sampai 5D ni, kalu jumpa ayam macam ni rasanya x berani nak bertarung tapi atas yakin dengan benih sendiri, bak kata orang lama-lama "sama saiz, sama umur" seluar dalam pun sanggup gadai.
No comments:
Post a Comment